I Follow...

Wednesday, June 15, 2011

Ya Allah... Permudahkanlah segala urusan kami...

Lama dah kan, tak cerita pasal hubby.  Hmmm... lately busy skit kat ofis.  Mesyuarat bertimpa2.  Tak sempat bernafas, dah ada mesyuarat lain pulak.  Pening mak cik nih weyyy... :-)

Tentang hubby lak, tak banyak berubah.  Still tak ader selera makan.  Badan pun dah semakin kurus, kulit lak macam kering jer... :-(  Tapi macam hubby selalu kata... Syukur alhamdulillah... dia boleh bangun, boleh solat dan urus diri sendiri.  Iyer memang alhamdulillah, aku pun bersyukur juga... Cuma sesekali aku rindukan masa2 dia sihat dulu.  Masa kami sekeluarga boleh  jalan2, pergi shopping, jogging dan macam2 aktiviti bersama.  Aku rindu pada senyumannya...wawaaaa... aku rindukan segalanya... kehidupan kami yang dulu... huhu....

Tak apalah, ini dah ujian Allah terhadap kami.  Mahu tak mahu aku kena reda atas ketentuan ini.  Allah itu Maha Adil.  Di saat hubby tak berdaya macam ni, anak2 kami  Wani dan Faiz dah boleh diharapkan untuk membantu.  Sekarang ni aku seolah2 bergantung kepada Wani dan Faiz jer...  3 Julai nanti aku dan Faiz akan menguruskan pendaftaran Fahmi di Jitra, Kedah.  Hubby tak dapat ikut, maklumlah jauh perjalanan ke Jitra tu.  Family Day office pun kami tarik diri di saat akhir, sebab hubby suruh aku dan anak2 jer pergi.  Isy.. tak nak lah... Kalau nak bergembira, biarlah sama2... Kalau aku ngan anak2 jer pergi, tak guna gak sebab hati aku mesti kat rumah, terkenangkan hubby tinggal sorang2... InsyaAllah nanti kalau ada rezeki kita gi la bercuti sama2 ye...

Moga Allah permudahkan segala urusan kami... Amin.

(Suatu ketika dahulu...)









1 comment: