I Follow...

Thursday, July 28, 2011

Di Ambang Ramadhan..

Malam tadi pergi Surau At-Taqwa.  Ada ustaz jemputan datang bagi tazkirah sikit.  Tajuknya Di Ambang Ramadhan.  (Majlis dipengerusikan oleh anak bujang ku... hehe... bangga la tuh...!) Hmmm... sebenarnya aku bersyukur si bujang ni dah boleh pun jadi imam... Nak kata bangga tu, rasanya ibu mana yang tak bangga jika lihat anaknya ada kebolehan... tapi risau pun ada... jauh di lubuk hati ini aku berdoa agar dia benar-benar ikhlas dengan ilmu yang diperolehinya dan sentiasa amanah, tawadduk dan beramal kerana Allah, kerana Islam bukan kerana pangkat atau nama atau juga ganjaran duniawi semata-mata... Dalam sujudku aku berdoa "Ya Allah, jangan Kau tarik kembali kebaikan-kebaikan ini dari kami malah Kau tambahkan ia dan rahmatilah kami...." Amin.

Well... actually tak rugi menghadiri majlis ilmu ni.  Selain dari banyak ilmu yang diperolehi, aku juga baru jer berkenalan dengan jiran sebelah rumah.  Hehe... teruk benar bunyinyer kan, jiran sebelah rumah pun tak kenal.  Tapi itulah hakikatnya.. Tapi bukan seratus peratus salah aku lah, coz makcik tu pun kata "Makcik malas nak keluar, cucu-cucu makcik ni nakal, nanti kalau keluar diaorang terus menuju jalan raya."... hehe.. so bukan salah aku la, makcik tu yang salah... wakakaka...  

Banyak jugak ilmu yang aku perolehi sepanjang 11/2 jam ceramah tu.  Kelebihan2 Ramadhan yang patut kita rebut, ganjaran2 yang berganda di bulan Ramadhan, kemuliaan Ramadhan....  Masa tu berkobar2 jugalah semangat aku untuk merebut segala peluang kelebihan di bulan yang mulia ini... harap2 Allah permudahkan dan beri petunjuk untuk aku mendekatiNya... Harapan ku agar Ramadhan kali ini jauh lebih baik dari Ramadhan Ramadhan yang lalu...."Marhaban ya Ramadhan..."

Ceramah yang ku dengar malam tadi lebih kurang sama macam yang aku pastekan di bawah ni.  Marilah kita hayati bersama memandang bahawa kita memang telah benar2 berada di ambang Ramadhan kareem...


KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 

4. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah. 

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.(Ustaz tambah malam tadi, katanya makna lain bagi pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup tu ialah terdapat banyak dan bergandanya ganjaran pahala yang diberikan di bulan Ramadhan yang memberi banyak peluang untuk kita menuju ke syurga, jadi simboliknya dikatakan dibuka pintu syurga...)

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu. (Ustaz kata, nafsu itu memang perlu tetapi kena tundukkan nafsu agar nafsu yang ikut kita, bukan kita yang ikut nafsu).

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat. 

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat. 

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak. 

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja. 

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi. (Ulasan ustaz ialah Allah bukanlah memuji bau mulut itu sendiri, tetapi ianya adalah memuji tentang kelebihan berpuasa.  Walaupun bau mulut orang yang berpuasa selalunya agak busuk, tetapi ianya dipandang tinggi oleh Allah kerana amalan berpuasa.  Begitu juga dengan tidur sewaktu berpuasa dikatakan satu ibadah.  Ianya bukan bermaksud Allah memuji perbuatan tidur itu, tetapi oleh kerana ibadah puasa, maka tidur itupun merupakan ibadah).

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


Copyrights © Ashtech Holdings Sdn Bhd
http://www.ashtech.com.my


Shiha...

Buat sedikit catatan... (agar aku tidak lupa..)

Antara jamaah wanita yang hadir

No comments:

Post a Comment