3, 4 hari ni nampaknya hubby sihat skit. Makan pun boleh la habis dekat2 separuh. Sebelum ni nak habiskan satu sudu pun payah. Agak lega juga lihat hubby agak bertenaga, ceria dan dah ada mood nak berbual2. Nak juga dah keluar rumah dan siap ajak balik kampung hari minggu ni. Shiha terpaksa la ponteng "Kem Bistari Solat" kat sekolahnya hari sabtu ni. Harap-harap keadaan hubby akan bertambah baik dari sehari ke sehari. Lebih-lebih lagi Ramadhan dah semakin hampir. Dengan semangatnya yang tak pernah padam, dengan doa yang tak pernah putus... aku pasti Allah maha mendengarkan... Walaupun tidak berani menaruh harapan yang tinggi namun aku sedar dan percaya.... ada hikmah dari setiap kejadianNya....
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat hidayah”
(Surah al-Baqarah 155-157)
Ya Allah... masukkan kami dalam golongan ini... Amin....
No comments:
Post a Comment