I Follow...

Monday, July 11, 2011

Kesian, kesian, kesian.... :-(

Semalam Wani mengadu kepada ku, kesian kat adik... Tersentuh hati Kak Long melihat gelagat adik bongsu nya Shiha.  Cerita Kak Long, hari Sabtu lepas Kak Long paksa Shiha hafal sifir sebab keputusan peperiksaan yang terbaru ni,  Shiha memperolehi C dalam matapelajaran mathematics.   So bila tengok keputusan adiknya tak begitu baik, Kak Long ambil iniatif la paksa si adik, duduk dalam bilik dan hafal sifir sambil diperhatikan oleh Kak Long.  Tiba2 si adik berkata "hmmm... tak ader rezeki kan Kak Long..tak aper la..."  Terkejut dengan kata2 adiknya, Kak Long tanyalah "Naper dek?, aper yang tak ader rezeki?"... (Kak Long ingat Shiha nak cerita pasal keputusan peperiksaannya, rupanya tidak) "Kita la, tak ader rezeki nak jalan2 ngan abah... abah tak sihat..." ucap Shiha.  La... itu yang difikirkannya.  Mungkin dia teringat tentang Hari Keluarga anjuran pejabat ku di Pangkor pada hujung minggu tu yang tidak dapat kami sertai memandangkan kesihatan hubby yang tidak begitu mengizinkan.  Mungkin juga dia mengenangkan bahawa 2 minggu yang lalu dia ditinggalkan untuk menemani abahnyer sewaktu kami ke Jitra menghantar Fahmi ke asrama.   Ditambah lagi  pada cuti sekolah yang lalu kami langsung tidak ke mana2 sedangkan kawan2nya meletakkan gambar2 mereka bercuti bersama keluarga masing2 di laman facebook.  Setidak2nya selalunya sebulan sekali atau dua kali kami akan pulang ke kampungku.  Tapi kini, pulang ke kampung pun agak jarang.  Kak Long cuba menyabarkan adiknya..."Adik belajar rajin2.. dan doakan abah cepat sembuh..., nanti kalau adik dapat banyak A dalam peperiksaan akhir tahun ni, Kak Long belanja adik kat Times Square... (Hehe.. Times Square jer ke Kak Long...?!!) Haha.. aper2 pun duhai anak2 ku, kita harus bersyukur kerana Allah masih kurniakan banyak nikmatNya yang lain kepada kita, walaupun Allah dah tarik balik nikmat kesihatan dan keupayaan abah untuk melayani adik... huhu... Namun kita jangan lupa, sekiranya Allah menghendaki sesuatu, maka akan jadilah ia... Mungkin Allah akan sembuhkan abah... kita doakan bersama ok....

Hidup ini bukanlah pentas untuk bersuka ria.  Banyak yang harus dikorbankan.  Bagi yang telah sesenja usiaku, mungkin lebih pasrah, tapi untuk yang semuda Shiha.... memang kesian.  Yer... kesian, kesian, kesian...

Shiha rindukan saat2 macam ni bersama abah...


Walaupun kadangkala Kak Long agak garang dengan adiknya, namun kasih sayang mereka tidak mungkin dapat dipisahkan...

No comments:

Post a Comment