I Follow...

Tuesday, July 26, 2011

Serahkan sajer kepadaNya...

Perlukah doktor beritahu berapa lamakah jangka hayat seseorang pesakit?  "Kita dah tak dapat buat apa2 lagi... kamu mungkin dapat bertahan selama 4 bulan sahaja lagi..., so live ur life the fullest..!!!"  hahahah... itu phrase yang aku reka sendiri la... (Sib baik aku bukan doktor)... 

Ok.. seriously apa yang ingin aku katakan di sini ialah wajarkah atau perlukan doktor menjangkakan berapa lama jangka hayat seseorang pesakit.  Dan sekiranya mereka memang mempunyai jangkaan tersebut, wajarkah ianya dinyatakan kepada pesakit? Bagi pesakit yang punya semangat yang tinggi dan punya kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan mungkin dapat menerima ini dengan hati yang terbuka dan dapat mengawal perasaan mereka dengan baik.  Tetapi sekiranya pesakit tak kuat semangat, percaya bulat-bulat dengan kata-kata doktor?  Hmmmm....

Banyak kali juga jangkaan mereka tidak tepat.  Yelah... mereka bukannya Tuhan yang boleh menentukan hidup mati seseorang...  Serahkan saja kepadaNya, kerana hanya Dia yang tahu....

No comments:

Post a Comment