I Follow...

Tuesday, August 9, 2011

Hubby - Updated...

Well... yesterday temankan hubby ke hospital.  Nak review his CT scan yang dibuat pada 1 Ogos yang lalu... Setelah menunggu lebih 2 setengah jam (kami sampai pukul 9.00 pagi dan nombor hubby 1018 dipanggil pukul 11.45 pagi). Tak aper, dah biasa dah macam tu.  Sebab tu aku kena ambil cuti kalau nak temankan hubby ke hospital.  Kalau ambil time off memang tak sempat balik office punyer... Doktor kali ni ialah Dr. Lim.  

Dr. Lim kata dari keputusan CT scan tu didapati bahawa keadaan paru-paru hubby agak baik di mana air di paru-paru kelihatan berkurangan.  Namun apa yang agak kurang menyenangkan ialah bengkak di otak hubby agak membesar begitu juga terdapat sedikit bengkak di bahu kiri.  Doktor kata kalau nak buat radioterapi sekali lagi di kepala mungkin tidak sesuai sebab dulu dah buat 5 kali radioterapi.  Apa yang boleh dibuat sekarang ialah mungkin dengan menggunakan laser.  Tapi this treatment tidak terdapat di PPUM.  Kalau nak buat pun kena pergi ke Sime Darby Medical Centre.  Doktor tidak sebut pula berapa costnyer but i can imagine tentu mahal tuh...! Walau bagaimanapun Dr. Lim akan rujukkan perkara ini ke doktor pakar onkologi.  Selain itu Dr. Lim cadangkan kalsium untuk tulang iaitu ubat yang diberi nama Zometa.  This zometa will cost RM800.00 per month....  :-)  (Kena kaya dulu baru boleh jatuh sakit  nampaknyer.. hahahah..) just joking...

Lepas jumpa Dr. Lim kena pula buat appointment untuk CT scan pada 3 Oktober nanti.  Lepas tu pergi pulak ke Menara Timur buat appointment untuk jumpa pakar onkologi.  Lepas tu pergi pula ambil quotation ubat-ubatan yang telah disarankan oleh doktor.  Lepas tu ke farmasi untuk ambil ubat.  Segalanya selesai pada pukul 3.30 petang.  Aku yang sihat ni pun rasa letih lesu berjalan dari satu  tempat ke tempat yang lain,  ini kan pulak hubby.   Lebih-lebih lagi dalam keadaan berpuasa.  Huhu... (But he is so strong... Moga Allah terus berikan kekuatan demi kekuatan untuknya... untuk aku juga, untuk kami sekeluarga sebenarnya...)

Kelakar semasa aku snap pic ni.  Dr. Lim terkejut sebab masa aku snap tu, aku lupa silentkan bunyi camera... "Eh.. u nak taruh kat facebook ke?"... tak la doktor, i tak ader facebook... (tipu la tu...) hahahahah....  Tak per la Dr. Lim... Dr. Lim is a very nice plus gud looking doctor... :-)  Masa ni actually Dr. Lim sedang telefon pakar onkologi untuk referkan hubby kepada pakar tersebut.

No comments:

Post a Comment