Hari ni melangkah hari ke-5 umat Islam menjalani ibadah puasa. Syukur, alhamdulillah... hubby mampu berpuasa walaupun bila aku balik kerja aku tengok dia melepek jer kat sofa tu. Tapi ianya dah menjadi pandangan biasa pada ku sebab jika hari tak puasa pun dia berkeadaan yang sama juga. Letih tak bermaya... Kesian hubby... hari-hari aku doa agar hubby diberikan kesihatan yang baik dan kesabaran serta kekuatan melawan penyakitnya. Pada aku hubby seorang yang sangat kuat dan tabah. Dalam keadaannya yang lesu itu pun dia masih bersemangat untuk menunaikan solat sunat tarawih di surau. "Tak larat berdiri nanti, solat duduklah..." ucapnya. Alhamdulillah... moga Allah menerima setiap amalannya. Amin...
Hari Isnin ni (8 Ogos 2011) aku akan menemaninya ke hospital untuk mengetahui result ct scan yang dibuat pada 1 Ogos yang lalu. Berdebar juga rasanya, walaupun ini entah kali yang ke berapa aku pun tak pasti... Doa dan harapan ku agar adalah perubahan yang memberangsangkan. Moga ubat yang ditelan hubby saban hari itu dapat membunuh sel-sel kansernya dari terus membiak dan merebak... Moga penderitaan hubby berkurangan atau kalau boleh lenyap terus.....
* Untuk hubby...
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you....
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you....
No comments:
Post a Comment