I Follow...

Monday, September 26, 2011

Dr. Gurunathan

24 September 2011 - Hari perkahwinan anak buah ku, Khairul Najib.  Pagi tu Solihah buat2 sihat sebab dia ramai kawan, maklumlah rumah kenduri.  Petang tu badannya mula panas semula... dan nampak layu jer.. So petang tu pergi la ke klinik. 



Masuk jer, doktor terus kata "wah.. lama sangat tak nampak u..." hehe... "eh, doktor ingat i lagi?"  Sebenarnya ini adalah doktor panel semasa aku kerja bank dulu.  Masa tu selalu bawa Faiz bila diserang demam dan selsema sebab Faiz ni kalau batuk, selsema lama sikit terus nak jadi asma.  Nasib baik lah asma nya tak teruk.  Bila selsema atau demam sikit pun cepat2 kami bawa jumpa Dr. Guru ni.  Aku tengok doktor ni makin muda jer, sebab 11 tahun yang lalu ader uban, now itam jer rambutnyer... :-)  Lepas tu masa nak balik dia siap pesan kat aku... "Kirim salam i kat hubby u yer..."  Iyer la doktor... 
 

No comments:

Post a Comment