I Follow...

Saturday, October 1, 2011

2 Tahun telah berlalu...

Semalam 30 September.  2 tahun yg lalu... pada tarikh ini lah doktor mengesahkan bahawa hubby menghidap kanser paru2.  Tidak mahu aku mengingati bagaimana keadaan dan perasaan kami ketika itu,  Yang masih ku ingat kami banyak menerima sokongan dan bantuan dari kaum keluarga dan sahabat handai.  Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa aku seorang yang amat kuat dan tabah... hmmmm... Yer... 2 tahun telah berlalu...

Banyak suka duka yang kami tanggung.  Mungkin agak kurang ajar kalau ku katakan bahawa ianya satu tempoh yang amat mendukacitakan, menyedihkan, memilukan menyakitkan... Namun semua itu telah ditentukan Ilahi.  Semoga kami dikurniakan dengan kesabaran, ketabahan dan kekuatan untuk terus menjalani hidup ini... Hanya Dia yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kami..."Kita merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik..." 

Setelah 2 tahun diberi cuti kerana penyakit kritikal, hubby InsyaAllah akan mula bekerja pada 4hb Oktober nanti.  Mudah-mudahan bila bekerja nanti hubby akan lebih ceria dan sihat.  InsyaAllah... Aku hanya mampu berdoa dan berharap bahawa suatu hari nanti sinar akan kembali dalam hidup kami....


So much things to say... yet no word can tell...

No comments:

Post a Comment