I Follow...

Monday, September 19, 2011

Hatimu kosong???

Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.
Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.
Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.
Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...
Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!


Hati mana yang tak kosong, jiwa mana yang boleh tenang andai di hadapan hanyalah kabus tebal...kelam dan kabur...Hidup bagaikan hanya suatu keterpaksaan.
Itu tak betul, ini tak kena
Situ hampa, sini kecewa
Begitu tidak menyelesaikan apa-apa, begini pula hanya menemui jalan buntu..
Tiada siapa bisa membantu, tiada jua yang boleh menolong...  
Akhirnya... ??? Teraba-raba mencari jalan sendiri... cuba mengecap bahagia dengan cara sendiri...
Namun... kebosanan terus melanda... bagaikan telah sebati di jiwa...
Bergembira bukan pilihannya, berduka...pula bukanlah caranya...
Sejurai bahagia tiba-tiba mengundang seribu duka...
Meraunglah dia dalam kegelapan yang kian pekat....
Sinar yang kian sirna... 

Ayuh..!!!! bangunlah... bangunlah... dan sedarlah...!!!
Ini bukan pengakhirnya...
Kuatkan tekad.. kumpulkan semangat... bangun dan bersyukurlah... bahawa hari ini kau masih diberi nafas... bahawa hari ini kau masih diberi peluang untuk BERTAUBAT..!!! 

KERANA DIA SENTIASA ADA...

Isilah kekosongan itu.... dengan Dia, hanya Dia....

No comments:

Post a Comment