I Follow...

Friday, October 7, 2011

Allah... Engkau lebih tahu...

Hari ini hari ke-3 hubby bekerja.  Pagi-pagi sebelum hantar Shiha ke sekolah aku hantar hubby ke KL Sentral.  Agak berat hati ku untuk melepaskan hubby naik LRT ke pejabat dalam keadaan kesihatannnya yang tidak menentu.  Tapi hubby kata dia ok...tak payah risau...  Hubby memang macam tu.. sajer nak senangkan hati aku agaknyer.. Entahlah... tawakkal ajer la...

Aku perhatikan hubby nampak penat sangat setelah mula bekerja ni.  Balik kerja hubby terus tidur.  Bangun untuk solat Maghrib, solat Isyak dan makan malam (makan malam pun hanya sekadar jamah sesuap dua jer..).  Lepas tu terus tidur semula... Dan sejak kerja ni hubby dah tidak bangun untuk solat malam.  Itu membuktikan bahawa dia memang kepenatan.  Kalau setakat penat, aku pun tak kisah sangat.. tapi yang aku sedih bila lihat dia susah payah menahan diri dari muntah.  Langkahnya longlai jer... Pandangan matanya...?  Aku tidak pernah mampu untuk membalas pandangannya... Merenungnya lama-lama buat aku pilu...  Sayu sangat hati ni... huhu... Tapi  seperti biasa, bila aku tanya keadaannya, dia kata dia ok.  Nak muntah tu sebab angin jer katanya.  Memang benarlah bahawa "Allah tidak memberi kesusahan/ujian kepada seseorang hamba melainkan apa yang terdaya/termampu olehnya. [Al-Baqarah: 286].  Allah tahu hubby mampu... Hubby sangat tabah... Hubby sangat kuat...Hubby sangat sabar... Ya Allah.. rahmatilah dia, Engkau yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuknya.  Sesungguhnya Engkau menyayanginya lebih dari aku mengasihi dia.... Aku tidak mampu meringankan deritanya... aku jua tidak sanggup melihat penderitannya....



No comments:

Post a Comment