I Follow...

Monday, October 10, 2011

Tak Ingin Aku Fikirkan...

Kesihatan hubby semakin merosot.  Hubby hanya berdaya bekerja semula selama 3 hari sahaja.  Dan kini hubby diberi cuti sakit selama 2 bulan lagi. 

Pukul 4.00 tadi kami baru balik dari jumpa doktor di PPUM.  Dari pukul 8.00 pagi hingga ke 4.00 petang bukanlah tempoh yang mengembirakan bagi kami.  Selain dari merasa kasihan pada hubby yang terpaksa 'terconggok' duduk di kerusi untuk menunggu giliran, aku juga kasihankan diri ku sendiri... huhu... Tapi aku cuba bayangkan bahawa ini adalah saat2 paling indah kami bersama.  Walaupun kami tak banyak berbual (dah habis topik nak citer), tapi kehadiran satu sama lain amat dirasai... Bukankah itu seharusnya amat dihargai... :-)  Tidak semua orang berpeluang begini kan?...

Kira2 pukul 12.00 baru dapat jumpa doktor.  Kali ni jumpa dengan Dr. Lim.  Dengan mesra dan manisnya doktor menyapa kami, mempersilakan kami duduk.  Bila duduk jer doktor terangkan bahawa keputusan CT Scan hubby tak berapa baik.  Bengkak di bahagian otak hubby semakin besar.  Begitu juga dengan kanser di paru2nya.  Nampaknya ubat Tarceva yang hubby ambil sejak 6 bulan yang lalu tu tidak berkesan.  Jadi, doktor kata kita akan hentikan pengambilan Tarceva and sebagai ikhtiar lain, hubby disarankan buat rawatan kimoterapi semula.  Well, well, well... selagi masih bernafas, selagi itu doktor tidak akan berhenti mencuba sesuatu untuk mengawal penyakit hubby.  Rasanya dah bergelen2 ubat yang telah memasuki badan hubby.  InsyaAllah hari Khamis ini hubby akan mula dengan kimoterapi tu.  Untuk bengkak di bahagian otak itu pula doktor arahkan ke Onkologi untuk kemungkinan radioterapi.  Pada mulanya doktor kata mungkin nak buat operation keluarkan bengkak tu, but then Dr. Lim telah memanggil Prof. Dr. Pang dan setelah berbincang akhirnya mereka sarankan untuk buat radioterapi.  So hari Rabu ni kena pergi hospital lagi untuk jumpa dengan Onkologist.  Kabarnya radioterapi ni tak boleh buat selalu sangat.   Last time dah buat 5 cycle...  Hmmm... Nampaknya minggu ni kerap benar ke hospital.  Hari Isnin, Rabu dan Khamis... Mungkin aku kena ambil cuti kot.  Hubby tak boleh ditinggalkan sendirian.  Takut kalau2 dia terjatuh.  Sejak hari Jumaat yang lalu kesihatannya amat2 merosot.  Untuk berjalan dan bangun sendiri pun agak susah.  Tadi hubby minta dibelikan tongkat.  Mudah2an boleh stabil sikit berjalan menggunakan tongkat.

Aku agak bingung buat ketika ini...  Fikiranku buntu dan kosong...  Apa yang harus ku lakukan, apa akan terjadi... esok, esok lagi dan esok, esok seterusnya... Biarlah... tak ingin ku fikirkan pun...

Yang ingin ku ingati hanyalah saat2 indah bersama....

No comments:

Post a Comment