I Follow...

Tuesday, October 11, 2011

Hinggalah Suatu Waktu Ianya Ditakdirkan Terhenti....

Pagi ini cuaca baik, tak hujan pun... tapi airmata ku yang turun bagaikan hujan...
Sejak semalam aku berfikir2 sama ada nak pergi kerja atau tidak pagi ni.  Cuti pun dah tak banyak   Aku rasa serba salah untuk tinggalkan hubby sendirian sementara tunggu Shiha balik dari sekolah.   Namun  akhirnya aku ambil keputusan untuk bekerja juga hari ni...

Bangun awal sedikit daripada biasa.  Masak bubur nasi dan goreng ikan bilis untuk hubby sarapan  pagi ni.  Siapkan dalam thermos supaya bubur tu tak sejuk, letakkan di meja di ruang tamu, tempat hubby selalu duduk berehat.  Masa nak bertolak ke pejabat, seperti biasa aku salam dengan hubby dan seperti selalu juga aku jarang berkata apa2 semasa bersalam dengannya - salam, cium tangan, cium pipi thats it... :-)  Tapi pagi tadi sebaik sahaja aku bersalam dengannya hubby kata "Tak aper.. jgn risau.. abah ok, dah boleh jalan  sendiri guna tongkat ni..., lagipun abah dah makan ubat..."  Senyum jer masa dia cakap tu.  Mungkin pada orang lain, kata2 itu biasa sahaja, tapi pada aku kata2 itu amat menyentuh hati... Masuk jer kereta aku  dah tak mampu lagi menahan airmata.  Shiha hanya memerhati, tanpa sepatah kata.   Aku menangis dan menangis sepanjang perjalanan ke pejabat.  Sampai jer di persimpangan untuk masuk ke pejabat, aku berkata pada diri sendiri..., "Ok.. cukup! Stop crying... aku ada banyak kerja yang perlu dibuat".  Park kereta, tengok cermin, sapu sikit bedak dan lipstick... and now..here i am... in the office again... Menggunakan sedikit waktu yang terluang ini untuk menulis... Lepas ni kena sambung kerja yang masih banyak menanti... Kertas2 yang saban hari bertambah minta difail... Mesyuarat2 yang perlu ku uruskan... haaahhhhhh... this is my life... and my life have to go on.... hinggalah suatu waktu kelak ianya ditakdirkan berhenti....

1 comment:

  1. Tak terkata saya baca apa yg kakak tulis... :'( Semoga Allah beri kekuatan dan kebahagiaan untuk kakak. Kalau tidak di sini, pasti di sana kak.. Itu janji Allah yg pasti.

    ReplyDelete