I Follow...

Thursday, October 13, 2011

Sayer suker pergi hospital...

Saya suker pergi hospital.  Hari2 saya pergi hospital... hahahah... (Kena baca ikut rentak cerita P.Ramlee).

Hari ni gi PPUM lagi.  Untuk memulakan kimo yang pertama untuk 1st cycle.  Minggu ni sajer dah 3 kali gi hospital - Isnin, Rabu dan Khamis.  Next week hubby will start with radiotheraphy sebanyak 12 kali dan itu bermakna 12 hari berturut2 kena pergi ke hospital.  Huhu... itu belum kira lagi untuk ambil darah dan rawatan kimo seterusnya yang akan dibuat pada 21 Oct. dan 4 November....Huh... beghat beb... beghat...!!!

Tapi aku nak puji la doktor2 dan jururawat yang aku dan hubby jumpa setakat ni.  Aku solute and respect la ngan diaorang.  Contohnya Jururawat Norshah dan Noranita yang bertugas di bilik rawatan Day Care kimoterapi.  Selama 6 jam aku di bilik tu tadi, aku perhatikan mereka cukup mesra dan sabar melayan setiap seorang dari pesakit.  Tak kiralah india ke, cina ke, melayu ke... Maklumlah pesakit, macam2 kerenah ada, namun tetap dilayan dengan senyuman,  Sesekali mereka bergurau dengan pesakit....  Dalam diam aku kagum pada jururawat berdua ni...  Suci kerja diaorang ... 

(Tak de pulak aku ambil gambar diaorang.  Nantilah, next visit aku snap and put it here...)

Anita sdg masukkan jarum ke chemo port hubby

No comments:

Post a Comment