I Follow...

Tuesday, November 29, 2011

Dekat padaMu...

Ahh... lama juga aku tak menjenguk blog ni.  Sibuk sikit lately, dengan kerja2 di pejabat dan urusan2 hubby ke hospital.  Memang rasa letih lesu ditambah pula dengan semangat yang semakin susut.  Emosi kurang stabil.. asyik nak marah jer...Lupa bahawa diri ini hanyalah seorang hamba... 

Siapa aku untuk menentang perancanganNya?  Aku seharusnya lebih tabah, lebih kuat dan lebih redha atas semua ketentuan ini.  Aku tidak sepatutnya terlalu banyak memikirkan perkara2 yang bakal berlaku sedangkan esok pun belum tentu aku masih bernafas di bumi Allah ini.  Terima kasih Allah kerana membawa ku kembali kepadaMu.  Akan ku cuba untuk menempuh segala dugaan ini dengan lebih yakin dan tabah.  Ampunkan aku, kerana seringkali lupa kepadaMu dan kerap tidak sabar dalam menjalani semua ini.  Walaupun saat ini adalah detik2 getir buat ku... Tapi aku yakin dan percaya bahawa Allah ada perancangan yang terbaik untuk kami... 

(Sabtu lepas balik kampung.  Mak tak berapa sihat, baru sembuh dari demam dan masih lemah dan batuk2.  Kesian tengok mak... Pagi Ahad pula pergi hospital untuk melawat abang iparku yang sedang dirawat di Hospital Manjung.  Huh.. terasa sayu nyer hidup ni...)  "Ya Allah, keep us close to You, till the end of time..."


No comments:

Post a Comment