I Follow...

Wednesday, November 9, 2011

Pleaseeeee... jangan..., jangan...!!!!

Huh... susah la macam ni.. Please... jangan..., jangan... aku tak boleh jatuh sakit.  Aku kena sihat.. sentiasa sihat... Sedikit selsema atau sakit kepala pun pasti amat membebankan.  Aku mesti fit untuk melakukan segalanya....  Namun sejak semalam aku terasa kurang sihat.  Rasa macam nak kena demam selsema jer...  Bersin tak berhenti... Mata rasa panas... Malam tadi dah makan panadol soluble... Pagi ni masih rasa sakit kepala dan selsema lagi... 

Semalam terpaksa ambil cuti kecemasan (EL).  Hubby tak sihat - kaki bengkak, batuk, selsema dan  dia juga mengadu sakit dada.  Pergi hospital,  jumpa doktor.  Doktor kata rehatkan kaki kat atas untuk hilangkan bengkak.  Lain2 tu doktor tak kata apa pun.  Akhirnya balik rumah macam tu jer.... Sampai di rumah hubby terus tidur hinggalah ke Maghrib.  Makan tengahari pun hubby tak nak.  Malam tadi aku buatkan nestum, lepas tu belikan bubur nasi McD.  Ada la dia makan sesudu dua sudu....

Selalunya waktu subuh hubby sihat sikit.  Dia akan bangun seawal 4.30 atau 5.00 pagi, sembahyang sunat lepas tu dengan bantuan tongkatnya, dia akan menyusur perlahan2 ke surau. yang sememangnya tidak jauh dari rumah kami.  Tapi subuh ni lain.  Hubby tak bangun2 sehinggalah pukul 6.50 pagi.  Itu pun aku kena bantu hubby ke bilik air, bersihkan muka dia, mandikan dia.  Sedihnya melihat  keadaannya yang tidak bermaya... Siapa sangka akan jadi begini?...  hanya Tuhan jer yang tahu.... aku serahkan  kepadaNya... kerana Dia lah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kami... huhu...



No comments:

Post a Comment