I Follow...

Sunday, November 13, 2011

Ya Allah.. Mampukah Aku..???

"Umi, cepat balik... abah jatuh.. Shiha tak larat nak angkat abah..." Bagai nak gugur jantung aku mendengar suara Shiha di hujung talian. Aku menoleh kepada Wani.  "Kak jom kita balik, abah jatuh.."  Terasa bagai tak berpijak di bumi kami melangkah ke kereta.  Aku dan Wani sebenarnya keluar membeli barang2 keperluan di Tesco Mutiara Damansara.  Hubby hanya bertemankan Shiha di rumah.  Setiap saat amat berharga buat ku.  Kalau mampu mahu saja aku terbang balik ke rumah... Rasa bersalah dan menyesal bersilih ganti... lebih tertekan bila jalan pula sesak.  Lambat benar rasanyer untuk sampai ke rumah!

Sampai saja di rumah, aku terus meluru ke bilik air.  Sedihnya apabila ku lihat Shiha sedang mengampu belakang abahnya yang tidak berdaya untuk bersandar di dinding bilik air.  Cepat2 kami bersihkan hubby, papahnya ke bilik.  Badannya panas... dan hubby langsung tidak mahu bercakap walaupun ditanya berkali2.  Lebih menakutkan aku bila hubby tak henti2 batuk dan kemudiannya muntah... Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menelefon adik hubby Lina dan minta pandangannya.  Lina dan Rosli serta anak2 sampai  dalam pukul 5.00 petang.  Kami bincang2 untuk bawa hubby ke hospital.  Lepas Maghrib pula, adik hubby Razita datang bersama Rashid dan anak2.  Selepas solat Isyak kami sepakat untuk bawa hubby ke hospital.  Oleh kerana hubby tidak boleh bangun, Rashid telah menelefon ambulan.   Dan untuk pertama kalinya aku merasa naik ambulan...

Sampai saja di hospital hubby terus di bawa ke Unit Kecemasan... Buat x-ray, ujian darah, masukkan oksigen, masukkan air...  Semalaman aku, Razita, Rashid, Rosli dan Wani langsung tak tidur hinggalah ke pagi tadi.  Setelah selesai semua ujian, doktor kata semuanya ok dan hubby boleh balik berehat di rumah sahaja.  Dan di saat dan ketika ini hanya aku, hubby dan Shiha kat rumah.  Wani dah balik Melaka dan akan menghadapi exam esok pagi (Umi doakan kejayaan akak ok...).  Razita dan Lina dah balik ke rumah masing2.  (Terima kasih banyak2 kerana sudi membantu dan sama2 bersengkang mata malam tadi..) Faiz pula akan sampai sekejap lagi dari programnya di UM.  

Aku mula menyedari bahawa segalanya semakin hari semakin sukar.  Dan... Mampukah aku menghadapi semua ini Ya Allah...???






No comments:

Post a Comment