I Follow...

Saturday, December 24, 2011

Ahhh...

Almost 60% of my tasks done..!!!  Antaranya:    

Pertama:  Uruskan tentang rumah yang bakal kami duduki next week - InsyaAllah. Untuk keselesaan kami, aku buat keputusan untuk repair apa2 yang tak berapa ok kat rumah tu.  Baiki bilik air, cat semula ruang dalam rumah dan baiki apa2 yang patut.  Bukan mudah untuk menguruskan semua tu.  Aku sering beranggapan bahawa ianya kerja orang lelaki... But now, i have to do it all by myself.  Ceh, aku tipu.  Actually aku minta bantuan kawan baik ku.  Mujurlah dia sudi membantu.  Sekarang kerja2 tu masih dalam proses.  Aku pulak desak dia agar siapkan semuanya within this week... hehe... (walaupun dia berleter dan marahkan aku, aku harap kerja2 tu boleh disiapkan seperti yang ku minta.)

Kedua:  Uruskan urusan perpindahan.  Yakni kemas barang2 dan cari lori  dan pekerja untuk angkat barang... aku minta Wanie carikan lori coz dia kata kawan dia boleh tolong.  But at last, tak dapat sebab orang tu hanya buat kerja pada hari Sabtu dan Ahad sahaja dan telahpun dibook oleh orang lain...  So apa lagi?  Again i turned to my friend yang kat atas tu, minta tolong carikan lori.  Jawapannya?.. "Ok, senang jer tu..."  Thanks friend... huhu...

Ketiga:  Uruskan pertukaran sekolah Shiha.  Dipendekkan cerita, semua dah settle. (masa pergi PPD tu hujan punyer la lebat...habis basah kuyup...huhu..) Tinggal lagi nak pergi ke sekolah barunya untuk serahkan dokumen2 yang perlu.  Lepas ni nak beli barang2 keperluan persekolahan la pulak.  Dan tak lupa untuk dapatkan van untuk pegi balik sekolah dan urusan sekolah agama. 

Keempat:  Tugas2 biasa iaitu bawa hubby ke hospital untuk kimoterapi, appointment dengan doktor, CT Scan dll. Apa2 pun setakat ini semuanya dapat dilakukan dengan baik.  Bak kata orang putih "so far so good".

Untuk semua ni aku harus berterima kasih banyak2 kepada anak gadis ku Wanie yang banyak sangat membantu.  Boleh dikatakan cutinya kali ini dihabiskan hanya dengan membantu ku menguruskan semua ini.  Begitu juga kepada anak2 ku yang lain, Faiz, Fahmi dan Shiha. Syukur Alhamdulillah dan moga keluarga ini sentiasa di bawah lindungan dan restu Ilahi.  Amin...

(Biler nak siap ni weyyyy..!!! Hari Isnin ni nk pindah dah... huhu...)







Tuhan... aku penat, aku letih..!!!



No comments:

Post a Comment