I Follow...

Wednesday, December 28, 2011

Wanita Solehah...

Untuk renungan diriku sendiri dan pembaca budiman.  Solehah kah kita?  
 
RENUNGAN PAGI

Banyak wanita mampu berjaya. Namun tidak semua bisa solehah. Solehah atau tidaknya seorang wanita bergantung kepada ketaatannya terhadap aturan hidup yang ALLAH SWT perintahkan. Dan aturan tersebut bersifat universal, bukan saja tertakluk bagi wanita yang sudah menikah, tapi juga bagi remaja yang belum berumah tangga.Tidak akan rugi jika seorang remaja perempuan menjaga sikapnya saat mereka berinteraksi dengan lelaki bukan mahramnya.Berdampinglah dengan orang-orang yang akan membantu menambahkan kualiti ilmu, amal dan ibadah kita.

Ada sebuah ungkapan mengatakan, jika kita ingin mengenali peribadi seseorang maka lihatlah teman-teman di sekelilingnya. Usahakanlah agar kita mampu memberikan warna yang baik bagi orang lain, bukan sebaliknya kita yang diwarnai oleh pengaruh buruk orang lain.

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu INDAH! Alangkah baiknya jika kamu memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal, dan berharga buat kumbang yang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Sesungguhnya wanita solehah itu adalah wanita yang sentiasa menjaga auratnya daripada pandangan lelaki bukan muhrim. Di samping itu, wanita solehah juga akan sentiasa membataskan pergaulannya dengan lelaki kerana pergaulan bebas itu tidak mencerminkan keimanan dalam diri. Manakala sifat malu yang ada dalam diri seseorang wanita itu juga mencerminkan dia seorang wanita yang solehah. Dan kecantikan seseorang wanita solehah itu tidak perlu ditonjolkan kerana ia akan terserlah daripada keperibadian yang baik dan mulia. Setiap gerak gerinya akan dipagari agar tidak terbatas ke arah kejahatan. Sesungguhnya itulah wanita penghias dunia dan mereka ini jugalah akan menghiasi syurga Allah....insyaAllah :)

 
 

 
 

No comments:

Post a Comment