I Follow...

Saturday, February 11, 2012

Apa daya ku...

Takdir ini telah ditentukan untuk ku.  Mahu tak mahu aku harus menerimanya.  Aku tidak diberi pilihan.  Pandai-pandai aku sendirilah untuk menanganinya.  Bagaikan si buta yang dicampakkan di tengah belantara, aku teraba-raba mencari haluan.  Ranjau dan duri terpaksa ku harungi..  Airmata  yang mengalir ku biarkan kering sendiri... Luka yang berdarah ku biarkan sembuh sendiri... Sesekali terbit jua rasa kecewa yang amat sangat.  Rasa kesal dan sedih yang membuak-buak walaupun seringkali cuba ku nafikan demi tidak mahu digelar sebagai hambaNya yang ingkar.  Namun hati terus merintih.  Kata orang sesudah derita pasti akan bertemu bahagia.  Entahlah.. mungkin bahagia itu bukan untuk ku.  Tapi aku tidak akan henti berharap dan berdoa agar dapat ku jalani sisa-sisa hidup ini dengan tenang, aman dan damai.  Sabarlah duhai hati...Pasrahlah..Redalah..dengan ketentuan ini... (Berdamailah dengan takdir mu..)




No comments:

Post a Comment