I Follow...

Monday, February 13, 2012

Ku rindu dia....

Entah mengapa sehari dua ni rajin pula aku menulis.  Mungkin sejak kebelakangan ini hidup ku semakin celaru.  Esok Faiz akan mula ada kuliah maklumlah cutinya selama 3 minggu dah berakhir.  Dengan keadaan hubby yang lemah dan terpaksa dibantu serba serbi, sudah tentu tidak boleh ditinggalkan sendirian.  Inilah yang lebih memeningkan lagi kepala aku.  Apa yang harus ku lakukan?  Awal tahun ni sahaja tak silap aku dah 5 hari aku ambil cuti.  Nak cari orang untuk jaga hubby, aku tak tahu bagaimana dan di mana nak cari.  Tambahan pula kami baru sebulan pindah ke rumah baru ni. Jiran-jiran pun aku tak kenal.  Segala bebanan ini terletak di bahu ku.  Terlalu berat untuk ku pikul semua ini sendirian.  Hubby pula bagaikan hanyut dalam dunianya sendiri.  Seharian berbaring di bilik.  Bangun hanya untuk solat dan makan.  Makan minum pun jika aku suap makanlah dia, kalau tidak langsung dia tak ingat untuk makan. Minggu lepas semasa semua adik beradiknya datang ziarah hubby macam tu juga... tak banyak bicara dan hanya berbaring.  Kini aku terasa bagaikan telah kehilangannya.... Kian hari kian rindu aku kepadanya.  Wajah cerianya, senyumannya... ( i want my husband, give him back to me..!)










Bisakah ku tatapi kembali sinar di wajahnya?  Tuhan.. ku rindu dia....(Untuknya ingin ku katakan bahawa aku kan tetap di sisimu hingga ke akhir waktu....)

No comments:

Post a Comment