I Follow...

Monday, February 13, 2012

Lagi tentang hubby....

13 Februari 2012 - Entah untuk ke berapa kalinya aku menemani hubby ke hospital.  Kali ini untuk review result CT scan yang hubby buat pada 8 Februari yang lalu.  Dan seperti biasa juga setelah 3 jam menunggu barulah nombor hubby dipanggil.  Kali ni kami diberikan doktor yang belum pernah kami temui sebelum ni.  Tapi aku dan hubby malas nak bising2 terima jer la doktor mana pun.  Setelah bertanya serba sedikit history hubby doktor ni  pergi ke bilik sebelah untuk mendapatkan result CT Scan. (Biasanya jika dengan Dr. Lim dia akan buka screen yang kat atas meja dia jer..) Hasilnya?.. tak begitu baik.  Kata doktor ubat kimo yang telah diberikan tidak memberi respons yang baik dan the bad news is kanser tu membesar sedikit plus air di paru2 bertambah.  Tapi dia tak tunjukkan pada kami gambar CT Scan tu dan tak mention berapa besar atau berapa banyak pertambahan air di paru2 hubby.  Kemudian dia minta untuk berbincang tentang apa yang harus dilakukan seterusnya dengan Prof. Pang.  Aku dengar perbincangan mereka dan aku difahamkan bahawa mereka telah menggunakan semua jenis ubat kimo yang ada dan nampaknya masih tak berkesan.  Prof. Pang mencadangkan sejenis ubat kimo yang masih belum di gunakan kepada hubby dan berharap ianya dapat menyekat pembiakan kanser tersebut walaupun menurutnya chances untuk itu hanyalah 10% sahaja.  Entah lah susah untuk ku fikirkan.  Aku sorang2 nak buat keputusan ni terasa payah sangat.  But as one of my friend kata tak salah untuk mencuba sebab 10% tu maknanya still ada chances rather than doing nothing at all. Ok.. so hubby akan menjalani rawatan kimoterapi lagi.  Kali ni 3 hari berturut2 iaitu pada hari Isnin hingga Rabu minggu depan. Maknanya aku kena ke hospital hari2... (Now aku tak tahu nak buat macamana... cuti? ambil time-off?)  Tak per, mesti ada penyelesaiannya... until waktu itu tiba tak payahlah aku pening2 kepala memikirkannya...Esok pasti menjelma dan Dia telah rancangkan sesuatu untuk ku... Aku tunggu jer la....


Terpaksa tempatkan hubby kat situ, sebab tempat duduk penuh dan orang ramai lalu lalang...


3 jam menunggu, aku bayangkan sedang menonton "Ombak Rindu".. :-)


1 comment:

  1. Tabahnya Eve,kalau sayalah ditempat
    Eve mungkin saya tak mampu harunginya.

    ReplyDelete