Ha..? dah berpisah?.. hmmm... apa nak dikatakan lagi. Dah lumrah hidup agaknya. Bertemu, bercinta, bahagia... tapi akhirnya berpisah. Dah sampai setakat ini sahaja jodohnya. Tak kiralah 20 tahun hidup bersama, tapi akhirnya memilih untuk bawa diri berasingan. Biras akupun sama. 21 tahun menyulam kasih, dikurniakan putera dan puteri... tapi akhirnya berpisah jua. Masing-masing bawa haluan sendiri... Cuma kesian kat anak-anak... Berada dalam dilema... antara kasih ibu dan sayang bapa...
Sesungguhnya tiada siapa boleh menjamin kebersamaan ini. Kalau tidak berpisah kerana perceraian, terpisah kerana ajal mengundang. Kedua-duanya menyakitkan. Nanum setiap yang berlaku ada hikmahnya. Apapun sebab musabab perpisahan itu, moga-moga ianya membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Berpandangan positif adalah lebih baik daripada terus terusan menangisi perpisahan itu. Kata orang yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti... Hidup harus diteruskan... biar onak dan durinya menyusuk kaki... namun mengundur jangan sekali...
(teman.... semoga kau bahagia...)
No comments:
Post a Comment