Aku orang kampung, hubby juga orang kampung. Pindah KL tahun 2000. Masa tu anak-anak pun masih sekolah rendah lagi. Pejam celik, pejam celik dah 12 tahun aku dan famili kat KL ni. Dalam masa itu anak-anakku telah banyak terlepas pengalaman mengait buah, memanjat pokok dan pelbagai perkara yang boleh dilakukan di kampung. Wani, Faiz, Fahmi dan lebih-lebih lagi Shiha langsung tak pernah pegang parang dan cangkul. Malah tak ada parang pun kat rumah aku... huhu...
Hari Jumaat minggu lepas, anak buahku Yop Junaidi dan famili datang ke rumah kami. Dia ada urusan di Kompleks Haji, Kelana Jaya. Yop datang siap bawa beberapa biji kelapa muda dan setandan pisang. Hahahah... Faiz kata Yop datang betul-betul macam cerita dalam drama TV, bila orang kampung datang ke bandar mesti bawa pisang, kelapa dan pelbagai buah-buahan.:-) Malam tu kami minum air kelapa, pagi esoknya buat cucur pisang... (Parang yang digunakan untuk kupas buah kelapa itupun parang Yop). Bila Yop balik ada 3 biji buah kelapa muda yang tinggal. "Ummi, kita ada parang tak? Iz nak kupas kelapa ni.." Kata Faiz. Aku teringat kalau tak silap aku, ada parang buruk yang tak pernah digunakan dalam kotak-kotak di stor. Sambil menghayun parang tu Faiz berkata "Nasib baik ada parang ni.. kalau tidak, kempunan Iz nak mengupas kelapa.." Kata-katanya menyedarkan aku, la... rupa-rupanya anakku ini tak pernah mengupas kelapa...hmmm...
Faiz, kelapa dan parang... :-) |
Yop, Wafeeq, Rusyda dan Shiha memproses kelapa muda |
No comments:
Post a Comment