I Follow...

Friday, April 6, 2012

Kek Pisang Kent... :-)

Kek ni mampat sebab aku salah guna soda kot... hehe..
Jumaat lepas (seperti entry terdahulu) anak buahku Yop Junaidi bawa setandan pisang dari kampung.  Sebahagian darinya dah dibuat cucur oleh Mazidah (isteri Yop) pada pagi Sabtu tu.  Ada sebahagian lagi yang dah masak ranum masih tinggal.  Apa pulak aku nak buat dengan pisang ni...? So hari Isnin tu aku tanya temanku Kent (yang rajin masak) resepi untuk buat Kek Pisang.  "Senang jer...", kata Kent.  Malam tu aku pun jalankanlah projek buat kek ni dan esoknya bawa ke pejabat.  Nak tau apa budak-budak Kewangan ni kata..?  "Kak, ini bukan kek pisang, ini bingka..."  Hmmm...whateverlah adik-adik oiiii.... Akak rasa akak dah tersilap guna soda kot... Apa-apa pun nah, ku perturunkan jua resepinya:

2 1/2 cwn pisang
1/2 cwn gula
2 biji telur
1/2 cwn minyak
soda bikarbonate
2 1/2 cwn tepung

Caranya:

Semua bahan di atas kecuali tepung diblender.  Masukkan adunan tadi ke dalam bekas lain dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.  Gaul hingga sebati.  Panaskan ketuhar dan bakar hingga masak.  Cubalah... :)



No comments:

Post a Comment