Segalanya berjalan dengan agak baik. Walaupun payah namun ada yang membantu. Contohnya menguruskan hubby pergi dan balik rawatan kimoterapi. Puteraku Faiz selalu bersedia menolong. Beberapa kali juga dia terpaksa skip kuliah untuk menguruskan abahnya. Hubby pula, walaupun sakit tidak pula banyak kerenahnya. Sentiasa tabah, sabar dan tidak mengeluh atau merungut. Segalanya diterima dengan tenang. Dengan tidak secara langsung, aku pun ikut tenang... Shiha si kecil sentiasa ringan tulang, tolong mopkan lantai jika abah sesekali termuntah atau tidak sempat ke bilik air.
Namun begitu hatiku masih rawan, sedih dan pilu. Setiap kali aku menatap wajah hubby, hatiku bagai diguris sembilu. Lama-lama memandangnya akan menitislah airmataku. Melihat kesukarannya untuk bangun tanpa dibantu, mendengar pertuturannya yang sering terganggu, daya ingatannya yang terjejas dek kerana pancaran radioterapi di bahagian kepala... tubuhnya semakin kurus... kulit kaki dan tangan yang kering dan mengelupas... tegarkah hatiku? Bagaimana dapat ku menahan airmata ini dari mengalir? bagaimana??? Apakah ini ertinya aku menyesali takdir? Apakah ini bermakna aku ingkar pada ketentuanNya..? Masihkah aku tidak bersyukur bahawa aku dan dia masih diberi waktu untuk bersama?..Masih terus bernafas di bumi ini... Tidakkah aku seharusnya bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepadaku? Entah..!!! yang aku tahu untuk kesekian kalinya aku berasa hidupku semakin kosong, hidupku semakin sepi...hidup ku bagaikan tidak punya apa-apa makna lagi. Tiada sejalur cahayapun yang kelihatan, segalanya kelam dan suram... Sesuatu milik ku telah hilang.... terdampar jauh nun jauh di sana.... Tegakah aku untuk terus mengatur langkah???..
No comments:
Post a Comment