Apabila semuanya serba tidak kena dan diri jadi buntu, tidak tahu apa lagi
yang boleh dibuat, ingatlah masih ada Dia Yang Maha Pengasih tempat untuk bersandar...
Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya pudar dan hambar, carilah... sinar itu dari Dia Pemberi Cahaya...
Apabila diri dibelenggu masalah dan tiada sesiapapun yang ambil kisah,. ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil dan Maha Penyayang..
Apabila hati terluka dan kesakitan menumbangkan seluruh kudrat, janganlah berputus asa kerana Dia Maha Melihat segalanya..
Apabila diri terasa lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan dari Dia Yang Maha Perkasa...
Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya berat dan langkah kian goyah, bangunkan kota semangat dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya...
Apabila jalan di hadapan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi mahu menemani, carilah, mohonlah jalan lurus itu dari Dia satu-satunya penunjuk jalan... Maha Pemurah, Maha Mengetahui... Maha Kuasa...
Apabila kesedihan mencengkam jiwa, tiada daya lagi untuk menahan luka... ingatlah, Dia sedang berbicara... Hanya dirimu yang mampu mengerti..
Lara hati seorang aku... |
No comments:
Post a Comment