I Follow...

Tuesday, May 15, 2012

Al Fatihah buat Abang Anjang...

11 May 2012 - Pagi Jumaat yang tenang, abang iparku Hj. Shamsuddin bin Osman telah menghembuskan nafas terakhir, dijemput pergi oleh Yang Maha Pencipta.   Perginya seorang abang yang ceria, peramah dan baik hati.  Seorang insan bergelar guru yang bertanggungjawab dan berdedikasi, disayangi dan disanjung tinggi.  Hampir setahun hospital bagaikan rumah kedua bagi abang anjang dan kak anjang. Dan akhirnya abang anjang pergi jua.  Sayu dan pilu terasa, namun kami redho atas segalanya.. Allah penentu segala...

Mengalir airmata hubby semasa ku kabarkan berita pemergian abang anjang.  Sedih benar dia.  Aku faham dia rasa kecewa kerana dalam keadaannya yang lemah begitu, dia tidak dapat untuk menatap wajah abang anjang buat kali terakhir. Tidak dapat untuk sama-sama menyembahyangkan jenazah abang anjang... Hubby sememangnya rapat dengan abang iparku itu.  Dulu masa hubby mula-mula dapat tahu menghidap kanser, susah payah arwah datang melawat dan menghulurkan pelbagai bantuan kepada kami. Tiada siapa menduga rupa-rupanya arwah yang pergi dahulu.  Jasa dan budi abang anjang sekeluarga sentiasa dalam ingatan. Hilai tawa dan gurau senda abang anjang bagaikan masih terngiang-ngiang di telinga..  Ya Allah Semoga roh abang anjang ditempatkan bersama-sama orang-orang yang solleh.  Al Fatihah buat abang anjang...




1 comment: