I Follow...

Thursday, May 3, 2012

Mendung itu datang lagi...

Sebaik sahaja aku meletakkan telefon, terdengar sayup-sayup suara hubby memanggil namaku.  Aku berkejar ke bilik, dan ku lihat hubby terduduk di sisi katil.  Mungkin dia cuba bangun dari katil tetapi menggelunsur jatuh ke bawah.  Itulah sangkaanku kerana aku amat bimbang untuk memikirkan bahawa hubby mungkin telah terjatuh... Sesungguhnya dua, tiga hari ini kesihatan hubby agak merosot.  Demam, sakit perut dan cirit birit.  Ini membuatkan hubby menjadi semakin lemah dan tidak bermaya.  Segalanya terpaksa dibantu, duduk, bangun, makan dan mandi.. Harap-harap keadaan ini tidak lama.  Beberapa kali juga hubby pernah jadi sebegini, tetapi selepas dua tiga hari kemudian hubby beransur pulih.  Aku berdoa, agar esok atau lusa hubby akan beransur baik.. Sekurang-kurangnya berupaya untuk bangun sendiri.  Tidak rela dan tidak sanggup aku melihatnya menderita begitu... Entah seribu kali telah ku ucapkan kata-kata ini...:-(

Dan telah 2 hari juga aku lewat sampai ke pejabat.  Aku harus mandikan dan uruskan apa-apa yang perlu untuk hubby sebelum pergi kerja.  Berat hatiku untuk meninggalkan dia sendirian, lebih-lebih lagi bila Faiz ada kuliah dan Shiha pula ke sekolah.  Tawakkal dan serahkan segalanya pada Allah.  Itulah kata hatiku...

Mendung perasaanku bukan hanya setakat tentang hubby.  Dua hari lepas ku terima kabar emak pula terpaksa dimasukkan ke wad.  Mula-mula sebab sakit perut, kemudian sesak nafas kabarnya.  Ingin sekali aku balik kampung, melawat emak tapi apakan daya, dengan keadaan hubby yang begini sudah tentu tidak boleh untuk dibawa berjalan jauh.  Nasib baik kakak-kakak dan abang-abangku berada di kampung. Merekalah bergilir-gilir menjaga emak.  InsyaAllah mungkin esok atau lusa, jika keadaan hubby agak baik, kami akan pulang juga menziarahi emak. 

Entah mengapa banyak pula dugaan yang keluarga kami alami sejak akhir-akhir ini.  Selain dari hubby yang sedang bertarung dengan penyakitnya, abang iparku juga sedang menjalani rawatan di Hospital Ipoh.  Aku hanya berpeluang sekali sahaja melawatnya di hospital.  Doaku dari kejauhan agar dia cepat sembuh. Sejak 5 bulan yang lalu, hospital telah menjadi rumah kedua kakak ku... Moga Allah kurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan untuk kami mengharungi segala dugaan ini...


kelam dan kelabu...

No comments:

Post a Comment