Terasa dingin mencengkam tubuh... Di luar kedengaran titisan-titisan hujan memecah kesunyian. Ku toleh di sebelah, kelihatan hubby berbaring mengiring dengan membengkokkan lulutnya ke badan. Kesejukan mungkin... Perlahan-lahan ku selimutkan tubuh yang semakin susut dan lesu itu. Sesusuk tubuh yang suatu masa dahulu gagah melindungi aku dan anak-anak... seorang lelaki yang amat ku kasih tetapi kini sedang menderita bergelut dengan kesakitan. Ingin aku rangkul sekujur tubuh itu, biar dia tahu bahawa aku tetapkan berada di sisi.... Akhirnya aku menadah tangan, memanjatkan doa agar Allah ringankan dan lenyapkan penderitaannya. Agar Allah ampunkan segala dosa-dosanya, agar Allah sentiasa merahmatinya... Allah lebih kasih kepadanya dan Dia lebih mengetahui hikmah di sebalik semua ini...
Ahamdulillah, pagi ini tugasku agak ringan sedikit kerana anak bujangku Fahmi telah mula bercuti. Selepas solat subuh, aku minta Fahmi tolong uruskan hubby, lapkan badan, salinkan baju...kerana sejak kebelakangan ini hubby telah tidak mampu lagi untuk menguruskan dirinya sendiri. Ya Allah, Kau berkati dan rahmati anak-anakku Wani, Faiz, Fahmi dan Shiha. Jadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah. Sesungguhnya mereka tidak pernah gagal untuk berbakti kepada kami, ibu bapa mereka... Amin.
Setelah menyediakan sarapan, aku melangkah ke pejabat jam 7.00 pagi. Sepanjang perjalanan aku memandu di dalam hujan. Biasanya apabila hujan begini jalan jadi agak sesak, ditambah pula dengan ada sebuah, dua kereta yang rosak di tengah jalan. Jika di rumah bila hujan turun, biasanya aku gemar sekali berdiri di jendela, memerhatikan titis-titis hujan terasa damai dan tenang sekali... Tapi hujan di pagi ini membuatkan hatiku terasa sayu... Tiba-tiba aku terkenangkan emak di kampung. Minggu lepas emak dimasukkan ke wad di Hospital Manjung kerana sesak nafas. Aku tidak dapat pulang menziarahi emak. Hari Jumaat yang lalu, emak telah dibenarkan pulang ke rumah... Alhamdulillah, keadaannya telah beransur pulih... Tapi aku masih belum berpeluang juga untuk menziarahi emak. Aku ingin emak rasa ikan sweetsour yang aku masak. Aku ingin buatkan tomyam untuk emak, aku nak suapkan makanan ke mulut emak sebagaimana aku suapkan hubby... Aku rindukan emak... Tanpa ku sedari, airmataku mengalir seiringan dengan titis-titis hujan.... InsyaAllah, aku akan pulang juga nanti... Tiga minggu lagi... aduhhhh... lamanya lagiiii...!!!
Luv u mom... |
hubby... suatu masa dahulu... |
No comments:
Post a Comment