I Follow...

Wednesday, August 1, 2012

12 hari dah puasa....

Well well well... 
Pejam celik, pejam celik dah 12 hari kita menjalani ibadah puasa.. Tak lama lagi sibuk nak berhari raya la pulak.  Tak tahu lah bagaimana nak berhari raya tahun ni.  Emak tak sihat dan berada di rumah Kak Anjang.  Rumah emak dah tinggal kosong sejak beberapa bulan yang lalu... Macamana nak balik raya ni?  Tak kan nak beraya di rumah Kak Anjang kot?  Anak2 dia pun balik raya jugak... Hmmm.. nampaknya kena balik awal sikit, kemas2kan rumah emak. Dengan keadaan hubby yang tak berapa sihat tu, nak beraya pun dah rasa macam malas jer... Iyer la dulu hubby sihat, boleh gak jalan2 ziarah sanak saudara, bersuka ria, makan-makan.  But now.... huhu.. 

Hmmm.. tak per lah.. Daripada fikir pasal Hari Raya, baik tengok juadah iftar ni.. hehe..  Tapi makan, makan jugak, ibadah kena tingkatkan sempena bulan yang mulia dan penuh barakah ini...

K lah, layan jer la menu iftar ku (yang tak berapa rajin memasak ni..) Jeng jeng.. jom layannnnn...

Sweet sour chicken ball
Popia goreng yang dibeli di pasar Ramadhan.. sedap sos dia.. :-)
Masak lemak cili api ikan 'omega 3'.. hehe..
Tomyam
Daging masak hitam.. sedap gak makan ngan ketupat.. (resepi dr Kak Ita)

Resepi2 masakan ni korang semua dah tau kan?  So tengok gambar jer la ek...

No comments:

Post a Comment