I Follow...

Monday, December 10, 2012

Kau pergi... (Happy 24th Anniversary)

Hari ini sepatutnya kita merayakan hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke-24.  Namun aku telah kau tinggalkan setelah 23 tahun 11 bulan dan 11 hari bergelar isteri mu... Kau dijemput pergi 19 hari sebelum kita sempat merayakan ulangtahun perkahwinan kita... Kau tinggalkan ku dengan seribu satu perasaan yang silih berganti... sepi, sedih, sayu, pilu, rindu... dan entah apa lagi perasaan yang datang dan pergi...  19 hari tanpa mu di sisi...aku terasa begitu kehilangan... Jika dulu walaupun tidak banyak berbicara, walaupun hanya renungan mu yang sering mengekori setiap gerak langkah ku... tapi aku masih ada mu di sisi...aku masih boleh memegang tangan mu, mengucup dahi mu, membelai wajah mu... Setiap pagi aku masih boleh mengucup tangan mu sebelum ke pejabat... Setiap kali pulang dari kerja, ada mata yang merenungku, ada bibir yang mengukir senyum kepada ku... Walaupun aku tidak pernah mengadu kepada mu, namun bila ku bersandar di bahu mu terasa ringan segala beban, renungan mu bagaikan pancaran semangat dan kekuatan di jiwa ini... Ya Allah.. betapa aku rindui semua itu... Kini kau telah tiada, kau pergi untuk selamanya... Selama ini, berada di sisi mu aku kuat, aku tabah kerana kekuatan dan ketabahan mu... Kau yang tidak pernah putus asa, kau yang sentiasa tabah dan sabar, kau yang tidak pernah mengeluh... Untuk sekian kalinya aku amat kagum dengan sikap mu.  Kerana kesabaran dan semangat kental mu,  aku dilihat begitu kuat dan tabah di sisi mu... Sayang..., aku kuat kerana kau kuat... aku tabah kerana kau tabah... Kini setelah kau tiada, di mana akan ku gapai semangat dan kekuatan itu??? Aku jadi takut... aku jadi bimbang untuk meneruskan hidup ini tanpa mu...aku takut jiwa ku semakin rapuh....

Sayang,
23 tahun 11 bulan 11 hari berada di sisi mu adalah tempoh yang lama... Aku bersyukur pada Ilahi bahawa aku telah dipilih olehNya untuk berada di sisi mu sepanjang tempoh itu.  Kita bukanlah pasangan yang begitu sempurna bak Laila dan Majnun atau Romeo dan Juliet... namun kita telah tempoh segalanya dengan baik. Aku dan anak-anak amat bertuah memiliki mu.. Kasih sayang mu sentiasa mekar di hati kami... Terima kasih sayangku... atas segalanya.. atas kasih sayang mu yang tak pernah pudar...

Sayangku,
Satu-satunya yang dapat menenangkan ku ketika ini adalah dengan meyakinkan diriku sendiri bahawa kau damai dan tenang di sana...

Sayang... aku dan anak-anak amat merindui mu...

(Al-fatihah buat suami tersayang - Mohd Khair Johari bin Ramli)  





2 comments:

  1. sedih kak..Allah ada bersama dengan kak.Suami hanya sebagai teman kita. Dia lebih berhak atas semuanya. Bersyukur kita diberi kesempatan untuk hidup bersama orang-orang yang kita sayang. Kuatkan dirimu kerana DIA masih bersama dengan kita.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih...doakan akan selalu berada di jalan yang benar dan sentiasa bersyukur kepadaNya...

    ReplyDelete