Ku cuba untuk tidak menulis kisah ini.. kerana ianya kisah pilu yang cuba ku nafikan... Namun... hmmmm....
"Dia sikit-sikit macam abah kan umi?" kata Shiha sambil tersenyum. "Hmmm... ok.." itu sahaja yang dapat ku katakan. Sengaja aku tak mahu mengulas panjang. Sangka ku semuanya akan habis setakat itu sahaja. Namun malam tadi sambil kami bersantai menonton tv, Shiha yang berada di dakapan ku tiba-tiba mendongak dan berkata "umi.. betul kan?". Lembut suaranya, redup pandangannya. "Apa yang betul?" sahut ku, namun di hati ku sudah terdetik, ini mesti soal itu. "Betul kan dia macam abah.." katanya diiringi dengan deraian airmata... Ya Allah... sedihnya. Ku dakap erat puteri kecil ini. Ku kucup dahinya, ku belai rambutnya... Sayang...hadiahkan Al-fatihah untuk abah yer..
Maafkan umi Shiha, umi tak tahu apa yang harus umi buat. Umi tak tahu apa yang umi harus katakan untuk damaikan hati Shiha. Umi juga macam Shiha... kadang kala tidak dapat menahan perasaan... Tapi kita harus pasrah sayang. Doakan abah damai di sana. Kita kena meneruskan hidup kita dengan baik. Umi serahkan pada Allah untuk menentukan hari-hari kita yang seterusnya. Allah Maha Tahu... umi percaya Allah telah merancang sesuatu yang terbaik untuk kita... Ya Allah... lenyapkan duka dan kecewa ini... kurniakan kami setitis bahagia....duhai Yang Maha Pengasih...
No comments:
Post a Comment