Sungguh benar bahawa hidup ini memang untuk diuji. Memetik kata-kata ustaz Pahrol " Hidup memang untuk diuji, kalau tak mahu diuji jangan hidup di dunia ni.." Hmmm.. kat mana pulak lagi yang boleh kita hidup jika bukan di dunia ni...? :-)
Semasa hubby ada dulu lain ujiannya. Masa tu terasa berat sangat dah ujian yang diturunkan. Selalu juga menangis dan merintih (yang mana seharusnya aku lebih bersabar dan bersyukur). Kini tanpa hubby lain pula ujiannya... Kadangkala aku jadi keliru dan hilang punca. Tak tahu apa yang harus dilakukan untuk meneruskan hidup ini. Pernah menangis-nangis depan teman rapat di ofis. Mujur juga dapat teman yang sedikit sebanyak cuba membantu dan memberikan pendapat yang jujur. Ada benarnya kata-kata sahabat ku itu. Terbuka sikit minda... Hehe.. termakan juga aku akan nasihatnya. Aku patut lebih bersyukur dan menerima segala nikmat Allah ini. Setiap ujianNya ada hikmah yang tersirat. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk ku. Cuma aku yang gagal memahami semua itu...
Ya Allah, jadikan aku hambaMu yang sentiasa bersyukur...
p/s:
Tq my friend... doakan yang terbaik untuk ku...
No comments:
Post a Comment