Mungkin inilah takdirnya. Segalanya harus dihadapi dengan tabah, dengan rasa syukur dan tanpa keluh kesah. Setelah kehilangan yang bertimpa-timpa, kini hatiku suram lagi. Puteri sulung, harapan dan kesayangan ku pula akan merantau jauh nun ke bumi kenyalang. Aduh... jauhnya dia terpaksa pergi menabur bakti. Apa pun jua kami redha. Ku semat harapan setinggi awan, secerah mentari... seluas samudera bahawa ada hikmah pada segalanya. Kepada Yang Esa ku berserah... Duhai Tuhan, ku serahkan puteri ku di bawah peliharaMu jua. Jagai dia Ya Allah, berikannya yang terbaik, jadikan dia yang terbaik dan jauhkan segala yang buruk dan petaka darinya. Dengan doa dan restu ku, Kau permudahkan segala urusannya, tenangkan hatinya, damaikan jiwanya, rahmati dia di setiap detik dan ketika...
"Hari ini dan hari-hari seterusnya pasti ada air mata dan ketawa, ada mudah dan payah, ada patah dan tumbuh, modal kita cuma satu, hadapilah segalanya sebagai hamba Allah. Mengaku lemah, untuk diperkukuhkan-Nya, mengaku jahil untuk diberikan ilmu, mengaku miskin untuk diperkayakan-Nya. Kita berusaha melurus segala tadbir, agar mampu menerima setulus segala takdir. Sentiasa mengharapkan yang terbaik, tetapi terus bersedia untuk hadapi yang terburuk." - Genta Rasa
Thursday, June 27, 2013
Suram sekeping hati...
Mungkin inilah takdirnya. Segalanya harus dihadapi dengan tabah, dengan rasa syukur dan tanpa keluh kesah. Setelah kehilangan yang bertimpa-timpa, kini hatiku suram lagi. Puteri sulung, harapan dan kesayangan ku pula akan merantau jauh nun ke bumi kenyalang. Aduh... jauhnya dia terpaksa pergi menabur bakti. Apa pun jua kami redha. Ku semat harapan setinggi awan, secerah mentari... seluas samudera bahawa ada hikmah pada segalanya. Kepada Yang Esa ku berserah... Duhai Tuhan, ku serahkan puteri ku di bawah peliharaMu jua. Jagai dia Ya Allah, berikannya yang terbaik, jadikan dia yang terbaik dan jauhkan segala yang buruk dan petaka darinya. Dengan doa dan restu ku, Kau permudahkan segala urusannya, tenangkan hatinya, damaikan jiwanya, rahmati dia di setiap detik dan ketika...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment