Sabtu, 19 Mac 2011 Kak Andak, Yop Syukri, Yop Junaidi dan Nana datang ziarah dan seterusnya bermalam di rumah ku. Subuhnya, hubby tidak lepaskan peluang minta Yop Junaidi menyampaikan sedikit tazkirah selepas solat subuh di Surau At-Taqwa. (Nama sebenar Yop Junaidi ialah Ahmad Junaidi. Yop adalah anak arwah Alang iaitu abang ku yang nombor 3. Nampaknya Yop mewarisi arwah atoknya menjadi seorang ustaz. Al Fatihah untuk arwah Alang dan arwah bapaku juga. Semoga roh mereka dirahmati Allah. Amin...
Sesungguhnya ilmu tu walaupun sedikit kalau diamalkan pasti akan membawa kebaikan. Oleh itu mungkin dengan sedikit ilmu yang diberikan oleh Yop Junaidi ini dapat kita amalkan bersama. Yop memilih untuk memperkata mengenai Peranan Doa Dalam Hidup Insan. Ud'uni Fastajib Lakum (Berdoalah Nescaya Aku Perkenankan “Call upon Me; I will respond to you.”) Demikianlah Allah berfirman dalam Surah Ghafir ayat 40:60. Berdoalah... mohon lah... tadahkan tangan pada Tuhan mu... Kehidupan kita hari ini adalah hasil dari doa nenek moyang kita yang terdahulu. Oleh itu kita pula harus menyambung doa2 tersebut untuk anak cucu cicit kita yang akan datang. Doa juga dikatakan sebagai senjata orang mukmin. Doa merapatkan ikatan kita dengan Allah. Orang yang selalu berdoa akan selalu berasa dirinya dalam perhatian Allah. Selalu meletakkan pergantungan hanya kepada Allah. Kata arwah apak. "Berdoalah kerana bila Allah detikkan hati kita untuk berdoa, maka memang Allah nak beri kita apa yang kita hajatkan itu".. contohnya kata apak lagi, "Kita tak pernah berdoa untuk jadi raja kan?... maknanya kita memang tak mungkin jadi raja...:-)" Seringkali juga kita merasakan bahawa Allah tak makbulkan permintaan kita. Sebenarnya tiada doa yang tidak dimakbulkan Allah. Yop kata para ulama' membahagikan doa kepada 4 ketogeri:
1. Doa yang dikabulkan dengan serta merta - (selalunya ini adalah doa dari para rasul, nabi, wali2 Allah dan orang2 soleh.
2. Doa yang dikabulkan tetapi agak lambat. Entah selepas setahun, dua tahun atau bertahun2 mungkin...
3. Doa yang digantikan dengan sesuatu yang lain. Sesuatu yang lebih baik kerana hanya Pencipta yang tahu apa yang terbaik untuk yang diciptaNya. Contohnya kita minta kekayaan harta, tapi sebaliknya Allah berikan dengan anak yang ramai.
4. Doa yang ditangguhkan hingga akhirat nanti. Maknanya Allah beri ganjaran di akhirat nanti.
Jadi jelaslah bahawa tiada istilah doa yang tidak dikabulkan. Cuma samada ianya cepat, lambat, digantikan dengan sesuatu yang lain atau ditangguhkan di akhirat kelak. Oleh itu janganlah kita kedekut untuk menadah tangan memohon pada Yang Esa, pada Yang Maha Pemurah, pada Yang Maha Pemberi. Berputus asa bukanlah sifat orang mukmin. Teruskan berdoa, berdoa dan berdoa.
Rasulullah s.a.w sendiri sangat suka berdoa. Di masjid baginda berdoa, di rumah baginda berdoa, di pasar pun baginda berdoa. Dinyatakan juga bahawa Rasulullah pernah bersabda bahawa setiap dari kita apabila bangun dari tidur di waktu pagi, kita dibelenggu oleh syaitan dengan 3 rantai. Rantai yang pertama hanya akan terlerai apabila seseorang itu membaca doa bangun dari tidur. Jika tidak hafal dalam Bahasa Arab, baca sahaja dalam Bahasa Melayu yakni "Dengan nama Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mati sebentar tadi". Rantai yang ke-2 pula hanya akan terlerai apabila seseorang itu mengambil wuduk dan seterusnya rantai yang ke-3 akan putus bila mana seseorang itu mengerjakan solat subuh. Bayangkan jika kita tidak melakukan ketiga2 perkara di atas, maka kita akan terus dibelenggu oleh rantai -rantai syaitan tersebut seharian dan mudahlah baginya untuk mendorong kita ke arah kejahatan dan perkara2 yang dimurkai Allah.
Demikianlah serba sedikit ilmu yang ku perolehi di subuh Ahad hari tu. Moga2 ianya memberi manfaat yang banyak dalam aku menjalani kehidupan ini, juga kepada anda yang sudi membaca blog ini. Mungkin banyak lagi yang Yop perkatakan tapi hanya ini saja yang masih terlekat di fikiran ku. Wallahua'alam...
kak..sedey la bc blog akak nih....semoga ALLAH memberi akak & saya kekuatan menempuh dugaan yg maha hebat ni ye kak
ReplyDelete