I Follow...

Monday, March 21, 2011

Kanser tak kenal siapa....

Entry kali ni aku nak cerita pasal sepupu hubby pula... He called him Abg Leh.. Nama sebenarnya ialah Mohd Khalis... Isterinya Datin Sharipah menghidap kanser payudara kira2 2 tahun yang lalu.  Dah buat pembedahan di Rusia dan menjalani hidup yang berkualiti sehinggalah baru2 ni, dalam 2 bulan lepas kesihatannya merosot.  Mungkin kanser tu dah spread ke organ2 lain.  Abg Leh ni baru jer bersara sebagai duta Malaysia ke Rusia... Dulu musim2 projek angkasawan Syaikh Muzaffar ada la Abg Leh ni turut masuk tv bagai... :-)  Aku sebenarnya tak pernah jumpa Abg Leh dan isterinya ni secara bersemuka sebab mereka tak lekat kat Malaysia.  Maklumlah jadi duta, so asyik dok kat luar negara jer...

Bila dikabarkan oleh adik Abg Leh,  Abg Mail bahawa Kak Sharipah warded kat HKL, hubby  beriya2  benar nak pergi ziarah.  Dulu masa kecik2 katanya Abg leh ni lah yang bawa dia naik basikal tua, duduk kat palang depan basikal tu.  Satu kampung Pasir Panjang mereka round.  Opah mereka pula jadi gembala kambing masa tu... Bersemangat hubby bercerita kisah2 dia masa kecil dengan sepupu2nya... Najib, Mail, Lan, Abg Leh...

So selepas Asar tadi, hubby ajak ke HKL ziarah Kak Sharipah.  Jauh juga berjalan kaki dari tempat letak kereta ke wad tu.  Sampai jer, bila Abg Leh buka pintu, dia macam tak percaya jer kami datang ziarah.  Lama dia pandang hubby, mungkin muka hubby dah agak berubah sejak menghidap kanser ni, lagipun telah lama benar mereka tak berjumpa.   "Buat rawatan kat sini ke?" tanya Abg Leh.  Hubby kata "tak, saja datang ziarah.." ooo... terima kasih..."  (hansem Abg Leh ni... - sempat juga hati ku berdetik.. wakakaka... astaghfirullahal azimmm)  Tapi bila aku masuk jer ke dalam sikit dan nampak Kak Sharipah di katil, terus tersentap hatiku... Belas betul aku melihat keadaannya...memang benarlah kanser tak kenal siapa... datin ke, datuk ke, orang kaya ke, orang miskin ke... Semasa Kak Leha, isteri Mail melawat Sabtu lepas Kak Sharipah masih boleh bercakap dan berbual2... Mungkin baru sehari dua ni yang berkeadaan macam ni... Aku pun tak berani nak tanya Abg Leh... Sedih dan insaf aku melihat keadaannya.  Rambutnya dibotakkan - aku tak pasti mengapa.  Dia bernafas melalui tiub oksigen dan berbaring dengan memejamkan matanya sambil sekali sekala keluh kesah dan mengerang... mungkin dia sedang dalam kesakitan.  Setiap kali itu juga Abg Leh akan mengusap2 lembut tangannya.   Perlahan2 Abg Leh akan tanya "wanna drink?"...dan menyudukan air ribena sedikit demi sedikit ke mulut isteri tercinta.  Lemah lembut dan penuh kasih sayang layanan Abg Leh.  Tapi untuk menelan air tu pun amat payah bagi Kak Sharipah...  Moga Kak Sharipah bersabar dan diringankan Allah penderitaannya.  Begitu juga dengan Abg Leh dan anak2... Sabar dan kuatkan semangat... ini semua ketentuanNya... Hadapinya dengan tabah.. Kabarnya anak sulung Abg Leh yang berada di Geneva akan datang melawat tak lama lagi.  Abg Leh ada 2 org anak jer.  Dua2 perempuan.  Anak sulung Abg Leh kawin dengan pemuda dari Geneva, menetap di sana dan baru 2 bulan melahirkan cucu ke-2 Abg Leh dan Kak Sharipah.  

Memang sedih jika memikirkannya.  Dalam usia macam Abg Leh dan Kak Sharipah sepatutnya sedang enak2 bermesra dengan anak dan cucu2, tiba2 begini keadaannya... Itulah suratanNya... bak kata Abg Leh tadi, dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali... 

Aku tak sampai hati nak ambil gambar Kak Sharipah tadi... Aku rasa pasti dia tak suka aku ambil gambarnya dalam keadaan begitu.  Marilah sama2 kita doakan agar Kak Sharipah bersabar dan diringankan penderitaannya... Amin.

Wak Siti emak Abg Leh.  Gambar masa kat rumah Lan

1 comment:

  1. Nak updatekan entry ni... Pagi tadi hubby terima panggilan dari Lan, Kak Sharipah telah menyahut panggilan Ilahi malam tadi... Innalillah... DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Semoga roh Kak Sharipah ditempatkan bersama2 orang yang solleh dan salam takziah untuk Abg Leh dan keluarga...

    ReplyDelete