I Follow...

Monday, March 21, 2011

Jumpa doktor lagi...

Pagi tadi bawa hubby - appointment dengan doktor seperti biasa di Pusat Perubatan Universiti Malaya.   Tak banyak yang boleh diceritakan, coz everything sama jer... Nanti 13 April 2011 appointment dengan Unit Onkologi pula...

Hari ni doktor yang ditemui ialah Dr. Lai.  Wah.. Dr. Lai ni agak talkative orangnya.  Aku pulak yang rasa termengah2 bila lihat dia bercakap.  Dia cadangkan hubby ambil ubat Tarceva.  Ubat ni menelan belanja RM8,000 sebulan.  Belum habis cerita pasal ubat tu, dia minta pula hubby tolong jadi Pesakit Peperiksaan "Final MBBS" untuk student MBBS yang ambil final exam pada 28 Mac nanti.  Hubby pulak sekoyong2nya terus setuju.  "Tak per, kesian kat budak2 tu, biarlah tolong mereka.." Itulah katanya bila aku membantah persetujuannya itu.  Aku ni bukan apa... cuma risau jer nak biarkan dia ke hospital tu sorang2.   Tak kan lah aku nak ambil cuti sebab nak temankan dia untuk itu.  Nanti 13 April kena ambil cuti lagi... huhu... "Tak apa... dah ok dah, nanti abah naik teksi jer..."  itulah katanya...  Isy... entah lah... tak reti aku nak fikir dah... i should trust him i guess... 

Sebenarnya setiap kali aku bawa hubby ke hospital, setiap kali juga aku berdoa, Ya Allah biarlah ini kali terakhir kami ke sini... hmmm... agak tak logik doa ku itu...  Sebenarnya apa yang ku maksudkan ialah janganlah ada siapa2 lagi yang mengalami sakit kronik seperti hubby ... Walaupun ianya penuh hikmah, namun ianya menuntut segunung kesabaran, selautan kekuatan dan semangat yang tiada had batasnya...

Sedang Dr. Lai entertain kami tadi, Dr. Chua di bilik sebelah panggil  Dr. Lai sekejap untuk bincang sesuatu.  So aku pun ambil kesempatan untuk snap gambar kat bawah ni.  Inilah gambar scan otak hubby yang bengkak tu.  The good news is bila doktor tu jalani beberapa ujian, dia kata bengkak di cerebellum tu tidak begitu mempengaruhi keupayaan hubby untuk balance dan control pergerakannya.  Alhamdulillah... :-)  Lega rasanya...




1 comment:

  1. Salam...setiap dugaan dtg dr Allah SWT adalah ujian utk kita.... Alhamdulillah suami pn still dipjgkn umur utk ada di sisi pn n ank2.... suami sy telah pergi dijemput Nya hmpir 6 bln lps....krn blood cancer(leukimia)... bila pn ceritakn kisah pn mnjaga suami... sy tringat kisah sy mnjaga arwah suami selama 2 bln di HUSM... lalui suka duka pahit manis di isolation ward.... bkn mnuntut kita utk bersabar bahkan kita perlu kuat utk bg kekuatn pd suami utk lalui dugaan ni....

    ReplyDelete