I Follow...

Thursday, March 17, 2011

Thank You Allah...Thank You Allah

Hmmm... cuaca baik hari ni... tidak seperti semalam.  Semalam hujan, jalan pun agak sesak.  Hari ni ok jer... Wah... manja aku seminggu ni, hari2 pergi dan balik kerja dihantar dan diambil oleh Wani atau Faiz.   

Tapi rasa malas nak pergi kerja pulak... hehehe... hari ni Kak Cik  dan keluarga ada kat rumah.   Petang semalam mereka sampai... Abang Cik, Arif, Ira dan Din.  Solihah apa lagi... seronok sakan dapat bermain2 dgn Din... :-)  Tapi, Cik kata mereka nak balik pagi ni... nak singgah rumah emak Abang Cik lak... Lagipun esok kerja... Hmmm... tak per la... terima kasih Cik... Yah rasa gembira sangat...  tq, tq....

Di musim cuti sekolah ni, anak-anak ada kat rumah.  Hubby tak la sunyi tinggal sorang2 kat rumah bila aku  gi kerja.  Lagi pun cuti2 ni abang2 dan kakak2 ku turun KL datang ziarah.  Syukur sangat... tak dapat nak bayangkan rasa hati ku ni... Cuma aku rindu pada mak.  Mak tak dapat datang sebab maklum la dia dah tak larat nak duduk lama2 kat dalam kereta.  Tak per la mak, nanti bila Johari sihat, kami balik jenguk mak... rinduuu kat mak... huhu...

Keadaan hubby pun dah semakin pulih.  Lega rasa hati bila lihat dia dapat tidur dengan lena dan tidak lagi rasa sakit kepala atau muntah.  Mudah-mudahan keadaannya bertambah baik dari masa ke semasa dan dapat menjalani 'hidup yang berkualiti' - itulah term yang digunakan oleh doktor...:-) Tentu sekali jika Allah menghendaki sesuatu, maka akan jadilah... Tiada doktor atau sesiapa pun yang boleh menentukan takdir seseorang...

Itulah kan, selalu kita lupa tentang nikmat kesihatan yang diberikan kepada kita.  Bila dah sakit baru tahu, betapa bertuahnya mempunyai kesihatan yang baik.  Macam keadaan hubby sekarang... aku tidak lagi mengharapkan dia boleh bermain badminton atau berjogging seperti dulu... atau tolong cuci toilet dan bilik air... atau tolong buang sampah... atau bermotosikal ke sana ke mari.  Cukuplah sekadar dia boleh berdiri dan berjalan dengan selesa, menguruskan diri tanpa dibantu.... dan tidak lagi keluh kesah atau berada dalam kesakitan...  Aku sudah cukup gembira bila dapat berbual2 dengannya, menonton tv bersama, menatap wajahnya yang ceria... sekali2 keluar jalan2..  Terima kasih Allah... Thank you Allah... 

 

No comments:

Post a Comment