I Follow...

Monday, November 14, 2011

Arghhhhhhhhhh....

Hari ni datang lewat ke pejabat.  Yang kelakarnya aku sangkakan boss cuti hari ni...hehe... tapi sampai jer ofis, terkejut beruk gak tengok boss ada dalam bilik...Rupa2nyer dia cancel cuti...  Hmmm... Sebenarnya aku bergilir dengan Faiz untuk menjaga hubby.  Pagi tadi Faiz ada kelas dari pukul 8.00 hingga 11.00 pagi.   Faiz balik pukul 11.00 aku pegilah kerja... :-)  Bimbang juga nak tinggalkan hubby sendirian kat rumah dengan keadaannya yang masih lemah... Esok pulak?   Entahlah.. tawakkal jer la kot tinggalkan hubby sementara tunggu Shiha balik sekolah.  Kalau tak pun 'kautim' ngan Shiha agar tak payah pergi sekolah esok.  Dah nak cuti sekolah pon kan... :-)

Hubby sejak balik dari hospital ni senyap jer.  Tak nak cakap banyak... lepas tu asyik baring jer kat dalam bilik.  Kalau aku tak suapkan makan, dia tak kisah pun nak makan.  Tadi selepas Maghrib aku suap dia makan, dia boleh tanya aku "umi nak gi kejer pukul brape?" Pelik gak aku mulanya... rupa2nya dia ingatkan dah pagi... hehe... Memang la rasa kelakar, tapi aku bimbang gak sebab doktor kata kesan radioterapi tu sesetengah orang akan terganggu daya ingatan, terganggu pergerakan dan percakapan... maklum la ianya di bahagian otak... huhu...

Seringkali aku cuba mengelak untuk memikirkan yang tak baik dan aku sentiasa mengharap yang terbaik.  Namun aku juga harus bersedia untuk menghadapi yang terburuk... sebab kita tak pernah tahu apakah yang Allah telah tentukan untuk kita kan?...

Arghhh... letihnyer...mengantuk dah ni... K lah... gud nite...need some rest... huhu....

No comments:

Post a Comment