I Follow...

Thursday, November 17, 2011

What a long long day... :-(

Baru jer bersemangat nak siapkan kerje, terima panggilan telefon dari hubby.  "Doktor telefon, suruh datang hospital pukul 10.00 ni nak ambil darah".  Itu jer maklumat yang dapat diberi oleh hubby.  Bila aku tanya doktor mana, kenapa nak ambil darah, apa lagi yang doktor cakap, semuanya tak dapat dijawab oleh hubby.  Aduh... payah la macam ni.... Mahu tak mahu aku terpaksa bawa hubby ke hospital.  Kerje dah la banyak dan aku pulak lately dah beberapa kali keluar time off dan ambil Cuti Kecemasan. 

Dalam perjalanan pulang ke rumah aku dah rasa mual.  Rasa macam tak tertanggung semua ini.  Niat ku untuk menggunakan waktu lunch hari ni untuk ke sekolah Shiha bagi mengambil duit bantuan RM100 di sekolahnya.   Ini dah timbul masalah lain pulak.  Apa hal la pulak doktor panggil datang hospital ni...?  

Untuk lebih menguji ku, perjalanan ke hospital melalui Universiti Malaya sesak sangat.  Tah, tak tahu la apa yang ada di hadapan tu.  Tak cukup dengan itu, kereta yang ku pandu terlajak masuk lubang pulak kat trafik light keluar dari UM tu.  Nak reverse tak boleh, nak ke depan pun tak boleh.  Kereta kat belakang macam nak giler bunyikan hon.  Akhirnya ada seorang abang ni baik hati, tolong reversekan kereta.  Aku bayangkan habis remuk dah depan kereta tu, tapi tak la sangat... bumper depan tu cuma calar jer...

Sampai jer di hospital tinggalkan hubby kat lobi sementara aku berlegar2 cari parking.  Jenuh juga la cari parking.  Lepas tu kejar lak kat hubby, ambil kerusi roda.  Masuk dalam klinik semalam (RUKA) tu tapi tak tahu nak pergi mana.  Nak tanya tentang doktor yang telefon tadi, hubby pun tak ingat namanyer.  Abis tu nak buat macamana?  Tahap ketepuan otak ku dah nak sampai tahap tepu... akhirnya tanya kat nurse di bilik Rawatan A.  Mereka cuba trace doktor yang bertugas di Bilik 3 semalam, tapi gagal.  Akhirnya pergi tanya di kaunter depan.  Ahh... lega, nurse tu kata memang Dr. Tin nak jumpa.  Tapi apa2 pun kena la ambil nombor dulu...

Dipendekkan cerita akhirnya dapat la jumpa doktor.

Ni yang aku nak citer nih.  Doktor tu namanya Dr. Tin.  Punya la ramah mesranya. (Semalam dia macam garang jer).  Dia kata doktor dari makmal beberapa kali kejar dia, tanya tentang hubby sebab ujian darah hubby semasa malam di bawa ke bilik kecemasan hari tu agak membimbangkan.  (Tapi hari tu doktor kata ok, boleh balik rumah).  Dia kata doktor tu suruh hubby masuk wad.  Itu sebab la dia telefon suruh hubby datang hari ni.  (Bersungguh2 Dr. Tin bercerita dengan aku.) Dalam pada tu aku terfikir juga bangsa apa Dr. Tin ni agaknya, rupa iras2 cina tapi slang cakapnya bukan macam cina, tah lain macam jer slangnya.  Lepas tu Dr. Tin ni telefon pulak tah bahagian mana aku pun tak tahu, dan bahagian tu suruh this Dr. Tin referkan kes ni kepada Dr. Lim (Dr. yang rawat hubby kat chest clinic).  Dr. Lim kata, no this patient sihat, tak payah masuk wad... Adoiiiiiiiiiiiiiiiii... tensyen dan keliru aku... Sorang doktor suruh masuk wad, sorang lagi kata tak payah. Dalam pada tu jam dah pun pukul 12.30 tengahari.  Aku risau nanti tak sempat untuk ke sekolah Shiha.  Akhirnya Dr. Tin kata, tak payah la masuk wad, sebab Dr. Lim kata hubby ok, tak perlu duduk wad.  Sambil ketawa dan macam minta maaf kerana susahkan kami Dr. Tin sempat pulak pegang tangan aku...(pujuk aku la konon...) macam kengkawan dia pulak aku nih... Sebelum balik sempat juga aku tanya dia "Where r u from Dr? "I am from Myanmar... dah 8 tahun setengah kat sini... " hahaha.. patut la lain benor slang doktor nih... :-)

Lepas tu pergi la pulak tunggu giliran untuk ambil ubat.  Ubat antibiotik jer pon.. sejenis jer ubatnya tapi tunggu sampai pukul 1.50 ptg.  Shiha dah 2,3 kali telefon bagitahu cikgu nya tanya umi nak datang ke tidak?  "Tinggal saya jer ni, kawan2 dah balik" katanya.  Tepat pukul 2.15  terus jer ke sekolah Shiha, bawa dengan hubby sekali...  Cikgu Zainab kata "Ha.. Solihah, cikgu tunggu Solihah jer... Cikgu dah nak potong nama Solihah, tapi nasib baik cikgu tak ader ruler...".  Aku senyum jer, sambil minta maaf datang lambat.  Saya pergi hospital tadi...

Hmmmm.... what a day... 
so tiring............



(ada ketikanya aku tertanya2 "aku kah itu yang berkejar2 ke sana sini, uruskan itu dan ini... pandu kereta, jumpa doktor, tanya nurse, jumpa cikgu, jumpa lawyer..ke PPD..."  Huh....

1 comment:

  1. hihi berubah menjadi luarbiasa bukan..bila sesuatu berlaku yang menguji ketabahan, kita akan bertindak menjadi luarbiasa..disebabkan tidak biasa..hihi ^_^

    ReplyDelete